Hanafi mempunyai seorang rakan karib
yang selalu meminjam barang – barang kepunyaannya dan tidak pernah
mengembalikannya. Hanafi tidak berani meminta kembali barang – barang
itu. “Jika saya berterus – terang, dia tentu akan tersinggung, sedangkan
dia adalah kawan baik saya.” keluhnya.
Tidak semua orang dapat berubah. Jangan
memberikan peluang kepada sesiapa pun sebelum orang itu memberikan
alasan yang wajar. Jika kita telah memberikan peluang kepada mereka,
maka mereka akan berfikir bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah
betul. Ini boleh menyebabkan “penyelewengan” yang berlanjutan. Pada
tahap ini, kita kita telah dianggap sebagai orang yang lemah dan tidak
lagi dihormati. Mereka tidak menghormati kita. Jangan meminta maaf ketika meminta
sesuatu yang wajar. Contohnya, tiga jam selepas memaksa anaknya mengemas
bilik, seorang ibu berkata: “Mak mintak maaf sebab suruh along kemaskan
bilik.” Jangan! mereka harus menghormati kita sebagai ibu dan bila kita
menyuruh membuat perkara betul, Jangan pindahkan tanggungjawab kita
kepada orang lain. Contohnya: “Tadi bos kata suruh kau perlu…,” atau
“Adik, ayah suruh adik ke kedai beli beras..”. Pernyataan seperti ini
akan membuatkan kewibawaan kita akan hilang dan sekaligus menjadi
seorang pembawa maklumat yang tidak dihargai. Kita hendaklah berusaha memasukkan unsur
– unsur yang mantap dalam berkomunikasi. Berikut adalah perkara yang
perlu dilakukan supaya orang lain menghormati diri kita:
1. BERTERUS TERANG
Nyatakan perasaan dan harapan kita
secara jelas. Orang yang pasif kerapkali beranggapan bahawa orang lain
pasti ingin tahu apa yang diharapkannya, walaupun dia tidak
memberitahunya. Perkara ini akan menimbulkan banyak masalah sebenarnya.
2. FIKIRKAN SEGALANYA DALAM – DALAM
Berfikir dengan sedalam – dalamnya
sebelum bertindak dalam sesuatu masalah. Dengan memikirkan terlebih
dahulu segala – galanya secara matang, kita boleh menyelesaikan setiap
masalah dengan lebih sempurna dan masuk akal.
3. HADAPI SETIAP PERSOALAN & MASALAH DENGAN SEGERA
Jika kita cuba menghindarinya, kita akan
menjadikan setiap masalah bertambah serius, sehingga semakin sukar
untuk diselesaikan. Tetapi jika kita berani menghadapinya sejak dari
awal lagi, segala masalah akan dapat diatasi
4. KLASIFIKASIKAN MASALAH SECARA CERMAT
Sering kali kita membuat sesuatu masalah
itu seolah – olah masalah besar. Menghadapinya secara berlebihan,
sehingga terjebak dalam kobaran emosi. Hadapilah setiap masalah dengan
teliti, kita akan mampu untuk menguasai diri. Seterusnya dapat menyelesaikan masalah secara positif.
5. PISAHKAN KEMARAHAN DENGAN KETEGASAN
Jika ketegasan kita dipenuhi sifat
amarah, perkara ini adalah bukan menyelesaikan masalah. Malah boleh
menyebabkan tugas atau kewajipan kita akan terbengkalai. Jika kita gagal
bersifat tegas dalam keadaan yang tenang, kemungkinan besar reaksi kita
adalah terlalu agresif. Dari sudut lain, jika kita marah, maka orang
lain akan menunjukkan kecenderungan bersifat defensif (menolak).
Akibatnya, masalah yang ada itu akan
menjadi sukar untuk diselesaikan. Oleh itu, kita jangan terjerat oleh
perasaan emosional yang berlebihan daripada orang lain terhadap apa yang
kita katakan, agar kita tidak mudah untuk naik angin.
Ketegasan dalam ketegangan amat berkesan mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kita.
6. MANFAATKAN KAWASAN KEKUASAAN KITA
Pasukan bola sepak sering menang di
gelanggang sendiri. Begitu jugalah dengan ketegasan. Memang sukar untuk
menghadapi seorang rakan bila sedang berada di rumah atau pejabatnya.
Oleh kerana itu, berusahalah untuk tegas di kawasan kekuasaan kita
sekiranya keadaan memungkinkan. Ia memberikan suatu keuntungan yang
tidak ketara tetapi mantap.
7. JANGAN BERPURA – PURA MENGGERTAK
Budak kecik sekali pun tahu jika kita
hanya berpura – pura menggertaknya. Untuk menegakkan kepercayaan orang
terhadap kita, nyatakan hujah – hujah yang masuk akal serta akibat –
akibat yang akan terjadi jika semua itu tidak dilakukan. Nyatakan
pernyataan kita itu dengan serius dan bersungguh – sungguh. Orang lain
akan menghormati kita jika mereka yakin kita serius.
Kita juga akan lebih disukai jika sanggup berkorban, namun dalam hal ini tiada maknanya jika kita dipergunakan.
.
# Hormat dan menghormati adalah penting
dalam kehidupan kita. Anda pernah mengalami situasi ini dan ada cara
lain untuk ditambah sebagai penyelesaian masalah ini? Sila kongsikan
bersama admin di comment. terima kasih #
by : sinarislam.com
0 comments:
Post a Comment