Nikmat, itulah yang sering diminta-minta tanpa rasa malu oleh manusia. Dan nikmat apekah yang paling besar pernah kita rasai? Bagi sesetengah orang, ada yang
mengatakan nikmat yang paling besar mereka adalah nikmat Iman. Ade juga
yang mengatakan nikmat Islam. Tapi bagi Admin, nikmat yang paling besar adalah Allah sebagai Rabb kita. Ya, Allah sebagai tuhan kita. Semua orang bersyukur bahawa dirinya
diberikan iman, dikurniakan Islam oleh Allah. Dan itu adalah nikmat yang
nyata. Siapa pernah bersyukur bahawa dirinya mempunyai Tuan, Tuhan,
Pencipta seperti Allah?
Itulah nikmat yang paling agung, menjadi
hamba Allah di atas bumi ini. Iman, Islam, nyawa, bukankah itu semua
kurniaan Allah? Jadi, kenapa ktia tak pernah terfikir untuk merasakan
Allah sebagai Tuhan kita juga merupakan nikmat. Dialah pencipta segala-galanya. Dia
jugalah yang berkuasa atas semuanya, yang Maha Bijaksana, yang Maha
Agung. Hikmah-Nya begitu halus untuk kita memikirkannya.
Nikmat-nikmat yang Allah berikan telah disebut dengan jelas di dalam surah Ar-Rahman. Dengan gelaran ar-Rahman itu sendiri,
Tuhan yang Maha Pemurah lagi melimpah-limpah rahmat-Nya. Dialah yang
menurunkan al-Quran. Dialah yang mencipta manusia; membolehkan manusia
bertutur memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar mengikut
kadar yang tertentu; Tumbuh-tumbuhan serta pohon kayu-kayuan
masing-masing tunduk menurut perintah-Nya. Dia yang menjadikan langit sebagai
bumbung yang tinggi dan dijadikan bumi sebagai kegunaan manusia dan
makhluk-makhluk-Nya yang lain. Dan banyak lagi yang terkandung di dalam
surah ar-Rahman ini.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman 55:18)
Ternyatalah, tiadalah nikmat yang paling
besar selain Allah sebagai Tuhan kita. Ketahuilah, Allah adalah Tuhan
kita. Tuhan yang patut kita tundukkan seluruh jiwa raga kita kepada-Nya,
Tuhan yang patut kita serahkan sepenuh ketaatan kepada-Nya, kerana Dia
yang menciptakan segala-galanya.
Tidakkah kita berasa beruntung dijaga
oleh yang Maha Hebat itu? Apakah yang telah kita lakukan untuk-Nya?
Bagaimanakah suruhan-Nya kepada kita? Adakah terlaksana dengan baik? Kita juga tergolong dalam kelompok hamba
yang tidak bersyukur, sekiranya kita masih mempunyai perasaan ego dan
ingkar untuk taat dan tunduk pada suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya. Allah menjelaskan dalam surah Toha, ayat 132 yang bermaksud,
“Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekur serta bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah untuk manusia yang bertakwa.”
Allah tidak rugi walau sedikitpun
sekiranya kita berpaling. Dia tidak pernah meninggalkan kita walau
sesaat. Tetapi, kita yang sering meninggalkan-Nya. Marilah kita sama-sama menjaga hubungan
baik dengan Allah supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang
yang rugi.
by: sinarislam.com
0 comments:
Post a Comment