Sunday 16 June 2013

Tips Orang Menghormati Kita

14:21

Hanafi mempunyai seorang rakan karib yang selalu meminjam barang – barang kepunyaannya dan tidak pernah mengembalikannya. Hanafi tidak berani meminta kembali barang – barang itu. “Jika saya berterus – terang, dia tentu akan tersinggung, sedangkan dia adalah kawan baik saya.” keluhnya.

Tidak semua orang dapat berubah. Jangan memberikan peluang kepada sesiapa pun sebelum orang itu memberikan alasan yang wajar. Jika kita telah memberikan peluang kepada mereka, maka mereka akan berfikir bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah betul. Ini boleh menyebabkan “penyelewengan” yang berlanjutan. Pada tahap ini, kita kita telah dianggap sebagai orang yang lemah dan tidak lagi dihormati. Mereka tidak menghormati kita. Jangan meminta maaf ketika meminta sesuatu yang wajar. Contohnya, tiga jam selepas memaksa anaknya mengemas bilik, seorang ibu berkata: “Mak mintak maaf sebab suruh along kemaskan bilik.” Jangan! mereka harus menghormati kita sebagai ibu dan bila kita menyuruh membuat perkara betul, Jangan pindahkan tanggungjawab kita kepada orang lain. Contohnya: “Tadi bos kata suruh kau perlu…,” atau “Adik, ayah suruh adik ke kedai beli beras..”. Pernyataan seperti ini akan membuatkan kewibawaan  kita akan hilang dan sekaligus menjadi seorang pembawa maklumat yang tidak dihargai. Kita hendaklah berusaha memasukkan unsur – unsur yang mantap dalam berkomunikasi. Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menghormati diri kita:

1. BERTERUS TERANG

Nyatakan perasaan dan harapan kita secara jelas. Orang yang pasif kerapkali beranggapan bahawa orang lain pasti ingin tahu apa yang diharapkannya, walaupun dia tidak memberitahunya. Perkara ini akan menimbulkan banyak masalah sebenarnya.

2. FIKIRKAN SEGALANYA DALAM – DALAM

Berfikir dengan sedalam – dalamnya sebelum bertindak dalam sesuatu masalah. Dengan memikirkan terlebih dahulu segala – galanya secara matang, kita boleh menyelesaikan setiap masalah dengan lebih sempurna dan masuk akal.

3. HADAPI SETIAP PERSOALAN & MASALAH DENGAN SEGERA

Jika kita cuba menghindarinya, kita akan menjadikan setiap masalah bertambah serius, sehingga semakin sukar untuk diselesaikan. Tetapi jika kita berani menghadapinya  sejak dari awal lagi, segala masalah akan dapat diatasi

4. KLASIFIKASIKAN MASALAH SECARA CERMAT

Sering kali kita membuat sesuatu masalah itu seolah – olah masalah besar. Menghadapinya secara berlebihan, sehingga terjebak dalam kobaran emosi. Hadapilah setiap masalah dengan teliti, kita akan mampu untuk menguasai diri. Seterusnya dapat menyelesaikan masalah secara positif.

5. PISAHKAN KEMARAHAN DENGAN KETEGASAN

Jika ketegasan kita dipenuhi sifat amarah, perkara ini adalah bukan menyelesaikan masalah. Malah boleh menyebabkan tugas atau kewajipan kita akan terbengkalai. Jika kita gagal bersifat tegas dalam keadaan yang tenang, kemungkinan besar reaksi kita adalah terlalu agresif. Dari sudut lain, jika kita marah, maka orang lain akan menunjukkan kecenderungan bersifat defensif (menolak).
Akibatnya, masalah yang ada itu akan menjadi sukar untuk diselesaikan. Oleh itu, kita jangan terjerat oleh perasaan emosional yang berlebihan daripada orang lain terhadap apa yang kita katakan, agar kita tidak mudah untuk naik angin.
Ketegasan dalam ketegangan amat berkesan mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kita.

6. MANFAATKAN KAWASAN KEKUASAAN KITA

Pasukan bola sepak sering menang di gelanggang sendiri. Begitu jugalah dengan ketegasan. Memang sukar untuk menghadapi seorang rakan bila  sedang berada di rumah atau pejabatnya. Oleh kerana itu, berusahalah untuk tegas di kawasan kekuasaan kita sekiranya keadaan memungkinkan. Ia memberikan suatu keuntungan yang tidak ketara tetapi mantap.

7. JANGAN BERPURA – PURA MENGGERTAK

Budak kecik sekali pun tahu jika kita hanya berpura – pura menggertaknya. Untuk menegakkan kepercayaan orang terhadap kita, nyatakan hujah – hujah yang masuk akal serta akibat – akibat yang akan terjadi jika semua itu tidak dilakukan. Nyatakan pernyataan kita itu dengan serius dan bersungguh – sungguh. Orang lain akan menghormati kita jika mereka yakin kita serius.
Kita juga akan lebih disukai jika sanggup berkorban, namun dalam hal ini tiada maknanya jika kita dipergunakan.
.
# Hormat dan menghormati adalah penting dalam kehidupan kita. Anda pernah mengalami situasi ini dan ada cara lain untuk ditambah sebagai penyelesaian masalah ini? Sila kongsikan bersama admin di comment. terima kasih #

by : sinarislam.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top