Wednesday 23 January 2013

TERUNA VS DARA

23:18

PENTING KE DARA ITU?
Pernahkah uolls (Perempuan) terfikir menginginkan suami yang mempunyai teruna?Rasanya tidak kan?.Ok..Kalau Lelaki pula kenapa menginginkan isterinya mempunyai dara?
Baiklah,soalan ni biar Bicara Kekesalan yang jawab.

Kenapa perempuan tidak mempersoalkan teruna lelaki?
Tiada kajian yang dapat membuktikan seseorang lelaki itu tidak mempunyai selaput teruna melainkan dirinya yang mengaku sendiri bahawa dia sudah tiada teruna.Maka tidak hairanlah wanita tidak mempertikaikannya iyer dak?hahahaha (stylekan)

Kenapa Lelaki inginkan isteri mempunyai dara?
Merujuk pada hukum alam, "kumbang mencari bunga", pastinya kumbang itu akan mencari bunga yang belum dihisap madunya,begitu juga lelaki.Sebab lelaki mempunyai ego yang difitrahkan,kalau dia mendapat tahu di malam pertama bahawa isterinya tidak mempunyai dara,hal ini akan membuatkan dirinya rasa tercabar.Walaupun ada segelintir lelaki yang tidak mempunyai selaput teruna,dia tidak akan memandang ringan terhadap perkara ini.
Secara ringkasnya istilah dara dan teruna diberi kepada wanita dan lelaki yang belum melakukan persetubuhan yakni sebelum mempunyai ikatan yang dihalalkan.Kebanyakkan wanita tidak berpuas hati kenapa status kedaraan mereka terus dipertikaikan,sedangkan mereka tidak pula mempertikaikan mengenai teruna lelaki.


Sebagai seorang yang bersifat profesional,Saya rasa tidak adil,status dara seorang wanita itu terus dipertikaikan oleh kaum lelaki.Tentunya wanita di dalam dilema sekarang,sebagai contoh jika seseorang wanita itu tidak pernah berzina,tetapi daranya telah hilang akibat aktiviti dalam kehidupannya bagaimana pula?.Mungkin dia tidak sedar daranya telah hilang.

Salah satu punca penceraian rumahtangga ialah mengenai perkara ini,kerana si suami tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya tidak mempunyai dara,mungkin pada anggapannya isteri sudah ditiduri oleh lelaki lain dahulu

Pada pandangan Saya,Dara merupakan petunjuk untuk kita mengetahui baik atau buruknya akhlak seseorang wanita itu,Saya ambik contoh dari diri saya,Konon-kononnya pada suatu hari nanti,saya dapat tahu bakal isteri saya tidak mempunyai dara sedangkan saya aslinya teruna,saya tidak kisah beb,
Bagi saya,jika dia pernah terlanjur dulu,kalau dia sudah insaf dan sedar atas kesilapannya di masa silam,itu dah cukup,ala perkara yang lepas tu lepas la kan,yang penting dia dapat berubah menjadi isteri yang solehah.

Kalau kita lihatkan trend zaman sekarang,ada juga lelaki teruna yang berkahwin dengan janda,Soal dara atau tidak dapat diketepikan,kalau setiap pasangan itu saling cinta dan menyintai dan menerima kekurangan pada diri masing-masing.Lagipun setiap orang tidak sempurna.
Apa yang pasti setiap jodoh yang dipertemukan adalah seimbang dari akhlak dan keperibadian,jikalau wanita baik,maka baiklah jodoh wanita tu.Lagipun wanita sendiri yang memilih sendiri pasangan ,jangan pula menafikan soal dara ke tidak di kemudian hari.Konklusinya bersyukurlah apa yang telah ditentukan olehNYA

by: Sinarislam.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top