Wednesday 23 January 2013

Maulidul Rasul

22:33

Sayidina Hasan Al-Basri berkata: “Wahai sekalian kaum muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW, maka kamu sekalian lebih patut untuk merindui Baginda.”


Kata-kata ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dari Jabir bin Abdullah bercerita; “Dahulu Nabi SAW ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan bersandar pada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata: “Ya Rasulullah! Sudikah tuan kami buatkan untukmu sebuah mimbar? Baginda menjawab: Ya, jika kamu mahu.” Maka, mereka membuatkan untuknya sebuah mimbar. Seketika itu, terdengar tangisan yang muncul dari pokok kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi. Baginda turun dari mimbar dan memeluknya sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi (yakni ketika ditimang oleh ibunya). Nabi SAW bersabda; “Pokok itu menangis kerana ia terbiasa mendengar zikir di sana. 
(Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari)

Betapa sedihnya pokok kurma itu kerana berpisah dengan sentuhan jasad Nabi SAW .  Perasaan rindunya diungkapkan dengan tangisan yang kedengaran di sebalik pokok yang kaku itu. Jika kita melihat akan diri kita sebagai seorang manusia yang punya akal dan hati,  sudah semestinya kita menzahirkan rasa kerinduan yang lebih mendalam terhadap Baginda yang menyinari hidup kita dengan sinaran iman dan Islam. Sejauh mana kita telah menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan kita? Sejauh mana kita telah menyempurnakan akhlak kita sebagai seorang muslim sejajar dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda? Dan sejauh mana kita mengingati dan merindui Baginda sebagaimana kerinduan yang dipamerkan Baginda kepada umatnya sebelum bertemu dengan Allah SWT?

Biarlah kerinduan dan ingatan terhadap Baginda hidup dalam hati kita sepanjang masa bukan hanya ketika sambutan maulidurrasul sahaja. “…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan…” (59:7). Oleh itu, bertindaklah selaras dengan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita tergolong di kalangan mereka yang memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak insyaAllah.

By: Sinarislam.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top