Friday 4 January 2013

Cara Didik Anak

12:32


dikari-01Mendidik anak agar dapat berdikari sememangnya menelan jangka waktu yang agak lama. Kita perlulah mematangkan mereka dengan suasana yang baik dan peranan diri kita sendiri.
Kita cukup menyedari, betapa pentingnya anak-anak berdiri di atas kakinya sendiri. Matang dalam bertindak dan menimbang baik buruk sesuatu perkara. Tahan lasak apabila diuji dengan dugaan hidup. Dan tentu kita tidak mengingini anak-anak yang lembab kerjanya, malas berusaha, lemah jiwa dan pendek akalnya walaupun sudah meningkat dewasa. Apakah petua membentuk anak-anak bijak merancang, ringan tulang dan kuat jiwanya?

Galakkkan Anak-Anak Membantu Kita

dikari-02Gambar hiasan. Ajarlah anak-anak supaya ringan tulang dalam setiap peluangAnak-anak sewajarnya kita galakkan membantu kita dan meringankan tugas kita di rumah. Dinasihatkan agar kita menyuruh mereka bukan dengan nada memaksa. Sebaliknya dengan suara yang lembut dan meminta bantuannya. Waktunya pula hendaklah bersesuaian. Sekiranya anak-anak kita sedang mengulangkaji pelajaran adalah tidak wajar kita menyuruh mereka menguruskan kerja-kerja rumah. Anak perempuan bolehlah kita meminta mereka mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk atau menghidang makanan. Selain itu kita juga boleh minta anak lelaki membersihkan halaman ataupun membasuh kereta. Sebagai panduan, jangan pula kita membebankan anak-anak dengan tugas yang berat dan tidak mampu dilakukan. Akhir sekali ucapkanlah terima kasih di atas pertolongan mereka.

Biasakan Anak Urus Diri Sendiri

Anak-anak yang mula memasuki alam persekolahan sewajarnya diajar cara terbaik untuk mengurus diri. Mereka sewajarnya diasuh agar pandai mengemas bilik tidurnya, berpakaian kemas dan sentiasa kelihatan bersih. Jangan sesekali membiarkan mereka berkeadaan comot. kotor dan selekeh semasa di rumah mahupun di sekolah.

Biasakan Cara Hidup Sederhana

Biasakan anak kita dengan cara hidup sederhana walaupun kita mamapi memberikan kemewahan kepadanya. Kemewahan akan menyebabkan mereka sentiasa mengharap, malas berusaha dan lemah jiwa. Sebagai contoh, kita galakkan mereka agar sentiasa berjimat cermat dan menabung wang lebihan belanja harian.

Asuh Anak Suka Membantu Orang

Anak-anak kita juga perlu diasuh agar menolong orang yang memerlukan bantuan. Secara tidak langsung, anak-anak akan dapat memahami sedikit sebanyak hakikat hidup kehidupan yang tidak selamanya menjanjikan bahagia dan kesenangan. Dengan itu, anak kita akan sentiasa berwaspada dalam hidupnya dan matang menilai dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Ajar Kemahiran Hidup

dikari-03Gambar hiasan. Anak harus boleh sesuaikan diri dalam pelbagai suasanaAnak-anak juga boleh diajar menjahit, berkebun atau memperbaiki sebarang kerosakan kecil. Sememangnya, pendidikan sebegini telah diperkenalkan di semua sekolah. Namun, menjadi peranan kita untuk menggalakkan mereka mengamalkan ilmu yang mereka miliki. Setiap kerja itu pula, perlulah kita awasi untuk mengelakkan sebarang bahaya.

Kanak-kanak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Dia juga yakin dengan kebolehan dirinya sendiri. Inilah cara membantu anak kita berakhlak mulia.
Jika latihan itu disertai dengan nasihat secara hikmah, insya-Allah anak kita akan memiliki hati yang baik!

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top