Thursday 11 October 2012

Sebab 9 Artis Ni Mula Bertudung

22:00


1. Natasha Hudson

- “Saya langsung tidak merancangnya. Ia datang dengan sendiri. Niat ke arah itu memang ada tetapi tidak sngka berlaku secara tiba-tiba. Tidak sangka juga ia berlaku secara natural, pada ketika ini. Bermula selepas saya pulang dari umrah. Ketika itu, saya rasa segan kalau melangkah keluar rumah tanpa hijab. Saya telah benar-benar bersedia setelah dua minggu mengenakan hijab ketika menunaikan umrah dan hingga kini saya sebati dengannya.”



2. Sharifah Sofea

- “Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang hijab saya ini. Tetapi saya mengenakannya kerana Allah. Dan kini saya faham kenapa. Ia adalah alasan untuk segala-galanya. Jika kita tidak diberitahu sebabnya, kita sendiri harus mencari jawapannya.”



3. Irma Hasmie

-”Antara sebab adalah kerana saya mahu menjadi individu yang lebih baik. Sekiranya kita menjaga aurat, maka Allah akan menjaga kita. Andai kita cantik di mata Allah maka cantiklah kita di mata manusia. Apabila kita berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik dan niat kita hanya kerana Allah, kita akan dapat rasakan indahnya cinta kepada Allah dan indahnya hidup beragama. Hidup lebih bermakna, bahagia dan tahu arah tuju kehidupan yang lebih jelas. Sekali gus, kita lebih menghargai diri sendiri dan muhasabah diri dari masa ke semasa lantaran kita sedar Allah sentiasa melihat tentang apa yang kita lakukan.”



4. Siti Nordiana

-”Saya berhijab setelah menyedari kekhilafan diri dan kenaifan dan tentunya tentang agama Islam menuntutnya. Apa yang lebih mengisafkan, setelah saya terbaca mengenai saudara baru yang memeluk Islam pun boleh menutup aurat. Jadi saya terfikir bagaimana dengan saya yang dilahirkan dalam keluarga Islam? Saya malu dan tekad menutup aurat sedikit demmi sedikit”



5. Nora

- “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi hidayah dan membuka hati ini. Semuanya bermula apabila saya ingin berhijrah untuk kembali kepada fitrah. Saya sedar langkah pertama yang harus saya lakukan adalah berhijab. Dengan hijab, saya rasa dekat dengan Allah. Saya lakukan sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai wanita muslim. Setelah berhijab, baru saya betulkan perkara lain dengan memantapkan lagi suruhanNya.”



6. Wardina Safiyyah

- “Pada bulan puasa tahun 2000, saya mula menyarungkan hijab apabila saya berasakan ada sesuatu yang kurang dalam diri ini. Sewaktu saya baru pulang menunaikan umrah dan sudah bersolat penuh. Saya mula ke kelas agama dan cuba mengubah diri dari dalam. Kemudian saya terfikir untuk menzahirkan kepercayaan diri saya yang ‘baru’ itu secara luaran pula. Mulanya takut, bimbang, tak cantik, kolot, hilang identiti, nanti orang tak tegur saya lagi. Namun, saya temui identiti diri yang baru yang menjadikan saya bebas dan lebih ‘berfikir’! Kali pertama saya memakai hijab sewaktu menjemput adik daripada tuisyen. Kemudian memberanikan diri berhijab kala ke kolej. Ramai yang berasakan saya memakai hijab disebabkan menghormati bulan puasa namum setelah Ramadan berlalu hijab masik melekat di kepala. Ironinya dengan menutup segala ‘kecantikan’ palsu, saya dapat menzahirkan satu lagi kecantikan dalaman seperti yang dituntut Islam. Kecantikan rohani, insan dan intelek. Al-Quran mengingatkan kita bahawa pakaian yang paling baik adalah taqwa.”



7. Yatt Hamzah

- “Jujurnya sudah lama saya tanam hasrat untuk bertudung tetapi belum yakin disebabkan kekangan kerja dan belum bersedia 100%. Allah Maha Agung dan berkuasa atas segalanya. Dia datangkan hidayah kepada saya pada 5 April 2012 ketika saya sujud terakhir solat sunat taubat sejurus pulang dari kelas agama. Saya tiba-tiba ternampak banyangan seolah-olah saya sedang diazab dan diseksa dalam neraka. Rasa sangat takut sampai menggigil-gigil, rasa sangat berdosa kerana tidak menutup aurat selama ini walaupun saya sedaya upaya menjaga solat, puasa dan amalan lain. Cuma menutup aurat belum dilaksanakan. Saya menjadi sangat sebak dan meohon ampun dengan harapan Allah menerima taubat nasuha saya itu. Alhamdulillah sekarang hidup lebih tenang dan bahagia sebagai muslimat sejati. Yang penting berhijab dan berhijrahlah hanya kerana Allah bukan sebab lain.”


8. Farah Diba

- “Pada akhir usia remaja (18 tahun), jiwa saya kian tercari-cari pelbagai persoalan. Kenapa itu dan kenapa ini terjadi di dunia. Kenapa pula Allah menurunkan syariat itu dan ini. Saya akhirnya bertemu jawapannya di Universiti Islam Antarabangsa daripada didikan pensyarah. Ketika itu, sebagai pelajar, saya sudah bertudung. Namun dengan jawapan-jawapan yang diperolehi, ia mengukuhkan lagi keyakinan dan kekuatan untuk menjadi Muslim secara total. Alhamdulillah tidak ada sekelumitpun rasa ingin kembali ke zaman sebelumnya. Ketenangan yang didambakan sudah saya temui dan insyaAllah sekiranya kita cuba mengikuti syariat secara menyeluruh, lebih mudah untuk kita berkomunikasi, mengadu dan merintih. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih. Seseorang itu perlu merncari dan mendapatkan ilmu. Dengan ilmu yang betul, insyaAllah hala tuju kita lebih jelas dan jiwa kita lebih utuh untuk teguh dengan haluan yang dipilih.”



9. Diana Amir

- “Pastinya ia datang dengan izin Allah. Saya banyak berfikir tentang apa yang akan berlaku selepas kita meninggalkan dunia ini; kita akan keseorangan, ditimbang amalan, dihisab di alam barzakh dan jika amalan kejahatan, kita dimasukkan ke neraka sebagai balasan. Apabila kita mula berfikir apa yang terbaik untuk diri kita, kita akan cuba baiki menerusi apa juga aspek. Dalam aspek keagamaan, saya memilih untuk berhijab luaran dan dalaman, hijrah perlakuan, percakapan dan pemakaian dengan harapan mendapat redha Allah supaya dipermudahkan urusan pada hari akhirat kelak. Pemakaian tudung adalah perintah Allah dalam surah An-Nur ayat 31, jadi siapa saya untuk menolak hukum Allah? Semuanya bermula apabila diberi kesedaran untuk berfikir dan mengambil tindakan daripada apa yang kita fikirkan. Alhamdulillah!”

source

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top