Monday 8 October 2012

Pencerahan Berkaitan Solat Jama' Dan Qasar

01:00



Solat Qasar


Syarat sah qasar, antaranya:
1. Mesti ada niat utk bermusafir.


Maksudnya:

i. ada tujuan/hala tuju destinasi (yg baik) sebelum bermusafir, kalau tiada tujuan walaupun kelilingi satu dunia, tidak sah qasar.
ii. jika niat utk bermukim pada satu2 kawasan tidak sah qasar kecuali Hanafi yang mengatakan sah.

2. Perjalanan 16 farsakh @ 48 batu @ dua marhalah kecuali Hanafi yang mengatakan 3 marhalah atau 72batu @ 115km.

3. Niat qasar pada setiap kali solat kecuali Maliki yg memadai hanya berniat sekali sahaja iaitu di dalam solat yang pertama semasa musafir seperti mana niat puasa ramadhan pada hari pertama yang meliputi sebulan.


Hukum qasar:
Syafii dan Hanbali: Harus
Maliki dan Hanafi: Sunnat Muakkad

Tmpt bermula qasar
Selepas musafir bermula. Tak sah qasar sekiranya perjalanan belum bermula.


Solat Jama'


Sebab2nya, mengikut Maliki:
1. Musafir
2. Sakit
3. Hujan
4. Haji di Arafah dan Muzdalifah

Mengikut Syafie:
1. Musafir, harus jama' taqdim dan ta'khir
2. Hujan. Hanya jama' taqdim sahaja.

Syarat jama' taqdim:
1. Solat waktu yg pertama dahulu. Cth: zuhur dan asar, kena zuhur dahulu.

2. Berturut2 antara dua solat. Tak boleh ada fasil yang terlalu lama seperti solat sunnat rawatib.
Cth: Solat sunat rawatib zuhur baru solat asar. Bagaimanapun, fasil dgn sbb berwuhu', azan dan iaqamah adalah harus.

3. Yakin waktu pertama masih ada sehingga selesai kedua2 solat yg dijama'kan.


Rujukan: Kitb Fiqh ala al-Mazahib al-Arba'ah, Abd Rahman al-Jaziri

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top