Monday 8 October 2012

Bolehke Jamak Solat Jika Menghadiri Majlis Keramaian?

02:00


 Bolehke Jamak Solat Jika Menghadiri Majlis Keramaian?
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada satu kemushkilan berkenaan solat jamak.
Kawan saya (perempuan) perlu menghadiri satu majlis makan malam yang memerlukan dia berada di majlis tersebut dari waktu maghrib sehingga lewat malam dengan pakaian & makeup. Bolehkah kawan saya jamak solat maghribnya ke dalam waktu isyak atau sebaliknya?.. Sekian, Terima kasih..

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

1)Tiada sebab yg diharuskan syarak yg membenarkan dia untuk Jamakkan solatnya.

2)Dia boleh berwuduk sebelum majlis dan pergi menunaikan solat maghrib apabila masuk waktunya. Isyak ditunaikan setelah selesai majlis. (sebaiknya keluar seketika untuk solat isyak mcm maghrib tadi)

3)Solat lebih utama daripada urusan duniawi, tunaikan solat agar kita tidak berhutang dgn Allah atas kewajipan kita kepadanya..

4) Lagi baik dia tidak hadir sekiranya majlis itu berunsur maksiat @ lagha (sia-sia)..

Wallahualam,

Jawapan oleh: Ustaz Ahmad Shukri Muhammad
Email: mazar_1993@yahoo.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top