Saturday, 25 January 2014

Rahsia Sains Al-Quran-Naik Kelangit Sesak Dada

19:37

Rahsia Sains Al-Quran-Naik Kelangit Sesak Dada
Dipetik dari Al-Quran, Surah Al-An'am (6) Ayat ke 125 :
" Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia MELAPANGKAN DADANYA (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan DADANYA SESAK SESEMPIT-SEMPITNYA, seolah-olah ia sedang MENDAKI NAIK KE LANGIT (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. "

Mengapa Allah S.W.T. sebut dada menyempit ketika mendaki ke kawasan yang tinggi ?

Paul Bert, French's father of low altitude physiology (1878), mengemukakan satu keadaan kesihatan yang dikenali sebagai ALTITUDE SICKNESS (anémie barométrique), iaitu keadaan kekurangan oksigen dalam darah ketika berada di paras altitud tinggi.

ALTITUDE SICKNESS berlaku kepada seseorang individu yang berada di tempat atau altitud tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami hypoxia (kekurangan oksigen dalam darah). Ini kerana paras oksigen di udara akan berkurangan mengikut ketinggian sesuatu tempat. Contohnya di Gunung Fuji, Jepun (12,388 ft) mempunyai paras oksigen sebanyak 65%. Gunung La Rinconada, Peru (penempatan tertinggi manusia, 16,700 ft), mempunyai paras oksigen sebanyak 55%, dan di Gunung Everest, Nepal (29,035ft) mempunyai paras oksigen sebanyak 33%.


Apabila hypoxia berlaku, ia mengakibatkan vasokonstriksi (pengecutan salur darah) paru-paru, vasodilatasi (pengembangan salur darah) seluruh badan (sistemik), meningkatkan paras pernafasan, merangsang kemoreseptor periferi lalu meningkatkan aktiviti saraf simpatetik.

Keadaan ini akan mengakibatkan peningkatan kadar denyutan jantung, peningkatan tekanan darah, hipertensi pulmonari, dan respiratory alkalosis (tahap alkali tinggi dalam badan).

Denis Jourdanet (1815-1892), penaung teori Paul Bert, mengaitkan keadaan altitude sickness sebagai keadaan yang sama dialami oleh pesakit anaemia (kurang sel darah merah), mengemukakan konsep anoxyhemie (kurang oksigen didalam arteri darah), tekanan barometrik dan altitud, perubahan bentuk fizikal penduduk yang tinggal di altitud tinggi dan penduduk di paras laut.

Selain itu, Harry George Armstrong (1947), dari U.S. Air Force's Department of Space Medicine mengemukakan fenomena ARMSTRONG LIMIT, (melebihi 0.0618 atmosphere or 6.3 kPa) iaitu keadaan altitud yang tinggi yang boleh mengakibatkan tekanan atmosfera yang sangat rendah yang boleh mendidihkan cecair badan termasuk cecair yang melembapkan paru-paru manusia, air liur, air mata dan darah didalam salur darah.

Disini kita dapat lihat bahawa saintis atau pengkaji hanya mengenalpasti keadaan ini sejak 1860 yang lalu, sedangkan Allah S.W.T. telah menyentuh isu ini sejak 1400 tahun yang lalu. Sesungguhnya ILMU PENGETAHUAN adalah milik Allah S.W.T.

Jadi, siapakah Dia yang anda ragukan?
Siapakah anda yang meraguiNya?


Image credit : NEVADASAT : HIGH ALTITUDE BALLOONING - NEVADA SPACE GRANT

-AC- The Patriots.

RUJUKAN :
http://www.alquran-melayu.com/6-al-an-am/
http://submission.org/QI#6%3A125-149
http://www.unr.edu/
http://circ.ahajournals.org/content/116/19/2191.full
http://www.sciencedaily.com/releases...0810063315.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Armstrong_limit

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top