Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:
"Wahai
Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12
barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan
apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:
BARISAN
PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan
mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
BARISAN
KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari
sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya
adalah neraka..."
BARISAN
KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan
ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar
zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN
KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan
keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam
jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."
BARISAN
KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika
itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu
ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak
pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN
KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari
badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN
KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka
mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan
memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat
kembalu mereka adalah neraka..."
BARISAN
KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah
dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN
KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata
biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu
adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN
KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh
dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang
tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."
BARISAN
KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi
mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan
keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih."
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih."
by:www.sinarislam.com
0 comments:
Post a Comment