Monday, 1 July 2013

Bantulah Mereka Yang Jauh Dari Agama

22:58

Kisah Benar

Assalamualaikum, Kepada sahabat-sahabat dan umat islam pada masa ini,
Terlebih dahulu marilah kita bersyukur dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih memberi kita peluang dan nikmat untuk meneruskan kehidupan kita sebagai umat islam.
Saya ingin berkongsi pengalaman serta pandangan saya untuk direnungkan bersama-sama semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua disamping kita cuba untuk memperbaiki diri kita dari masa ke semasa.

Setiap manusia mempunyai perasaan kasih dan sayang. Tidak betul kalau ada orang kata hati manusia itu tidak ada perasaan. Tapi, kadang kala memang betul kata sesetengah orang kerana disebabkan manusia ada hati dan perasaan itulah boleh mendorong manusia jadi tidak berperasaan.

Bila bersendirian, Hati selalu jadi tidak menentu. Betul kata orang-orang tua "jangan selalu termenung nanti iblus mudah singgah". Saya mengakui kenyataan tersebut. Tapi kadang-kadang kalau tak termenung, tak teringat hati akan jadi lagi gundah. Itulah manusia, apa yang dilarang itulah yang akan dibuat. Agaknya nasihat lama orang-orang zaman dulu kena terbalikkan. Kalau larangan kena suruh atau kalau disuruh kena larang. Itulah sifat orang zaman sekarang makin dilarang makin dibuat. Maklumlah zaman millenium.

Cara mengajar anak zaman dulu dan zaman sekarang jauh berbeza. Boleh dikatakan terlalu berbeza sebab ibubapa zaman sekarang semuanya educated dan moden jika dibandingkan pada zaman dahulu terlalu banyak pantang larang. Itu tidak boleh ini tidak boleh. Zaman sekarang pantang larang tolak ke tepi. Ada juga ibubapa zaman sekarang memberi kebebasan pada anak-anak seratus peratus.

Saya merupakan dibesarkan di tengah-tengah kota iaitu kuala lumpur yang merupakan ibu negeri negara kita.
Di kota tersebut saya sering dihidangkan santapan yang mampu membuatkan saya jahanam. Setiap hari saya didedahkan pergaulan sosial tanpa mengira jantina dan agama. Agak menyedihkan apabila saya tidak pernah dilarang untuk ke kelab-kelab malam yang terletak di kota tersebut. Saya dibesarkan dengan keadaan yang amat mewah dan dikelilingi dengan wang ringgit.

Saya tidak menyalahkan keluarga saya, Namun saya amat bersyukur kerana Allah s.w.t sentiasa menjaga saya dan melindungi serta membantu saya ketika saya sedang mencari kebenaran tentang Agama Islam dan sejauh mana kebenarannya. Kerana saya tidak pernah mengetahui tentangnya seperti apa itu solat ? puasa ? aurat ? haram ? halal dan sebagainya. Saya ingin mengajak kepada sahabat-sahabat dan pembaca sekalian agar bantulah remaja dan anak muda mungkin saudara mara kita sendiri ataupun adik beradik kita sendiri yang telah jauh dari agama dan pegangan mereka. Saya mohon bantulah mereka dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar.Bukan menghina mereka. 

Saya pernah merasai bagaimana saat saya dihina di caci ketika saya cuba berubah dan mengenali agama yang tertera di kad pengenalan saya. Kesedihan yang tak dapat diungkapkan umpama hati ini dihiris sembilu yang beracun. Namun hanya keiklasan terhadap agama yang memberi semangat untuk saya terus kembali ke jalan yang benar.

by: www.sinarislam.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top