Wanita solehah tidak
boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai
oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad
SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat
kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah,
khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki.
Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat
kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.
Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau
suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.
Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan
anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti
Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih
Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum
lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka.
Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan
kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum
wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang
paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang
berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu
adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik
dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah
orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang
tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab,
“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan
memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera
yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga
akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Terkejut
bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain.
Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik
daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita
semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari
syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab
“anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan
keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat
kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan
hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga
tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat
dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona
itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang
diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala
kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah
lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya
berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan
berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat
31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya
berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua
tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh
said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan
-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan
orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang
baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah
sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi
dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui
apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan
dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat
dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah
sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia
jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan
penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa
bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku
muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi
dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam
bergaul”
Setelah itu si anak
bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya
menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan
sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya
nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita
yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang
perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga
dari pintu-pintu yang ia kehendakinya” (riwayat Al Bazzar).
0 comments:
Post a Comment