Tidak bernafas ketika minum
Dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu bernafas ketika minum
sebanyak tiga kali." (Muttafaq 'alaih). Yakni bernafas di luar gelas
atau cawan.
Dari Abu Qatadah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang jikalau ditarik
nafas dalam wadah." (Muttafaq 'alaih). Yakni ditariknya nafas dalam
gelas atau cawan yang digunakan oleh seseorang itu minum.
Makruh meniup ke dalam minuman
Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang meniup
dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: "Ada kotoran yang saya lihat
di dalam wadah itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Tuangkan saja (minuman
yang ada kotoran itu)." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya saya ini
belum merasa puas minum dari sekali nafas." Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu - dan
bernafaslah di luar wadah." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan sahih , juga diriwayatkan oleh
Ahmad.)
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang
bernafas di dalam wadah atau meniup ke dalamnya." (Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih,
juga diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majjah.)
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Larangan minum dari mulut bekas air atau kendi
Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melarang
memecahkan mulutnya tempat-tempat minum." Yakni memecahkan mulutnya lalu
minum daripada tempat itu." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, "Rasulullah s.a.w melarang minum dari mulut bekas air atau kendi." (Muttafaq 'alaih)
Larangan memecahkan mulut bekas air dan minum darinya kerana
dikhuatirkan air atau kendinya berubah menjadi berbau (kesan dari mulut
orang), sehingga orang lain enggan menggunakannya dan air menjadi
membazir.
Juga untuk menjaga keselamatan Muslim lain kerana mungkin pada kendi itu
terdapat kuman-kuman (yang melekat dari mulut orang yang minum tadi),
yang boleh membahayakan, Dan juga mengelakkan dari orang yang meminumnya
terlebih minum dari yang diperlukan.
Afdhal minum sambil duduk
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya memberikan minuman
kepada Nabi s.a.w. dari air zamzam, beliau minum sambil berdiri."
(Muttafaq 'alaih)
Diperbolehkan minum sambil berdiri kerana keadaan darurat, seperti di tempat yang penuh orang hingga bersesak.
Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya lelaki r.a., katanya:
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. minum sambil berdiri dan duduk."
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih).
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau s.a.w. melarang kalau
seseorang itu minum sambil berdiri. Qatadah berkata: "Lalu kita
bertanya kepada Anas: "Kalau makan, bagaimanakah?" Anas menjawab: "Yang
sedemikian itu - yakni yang makan sambil berdiri - adalah lebih buruk."
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan bahwa Nabi s.a.w. melarang minum sambil berdiri.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasuiullah s.a.w. bersabda: "Janganlah
sekali-kali seseorang dari engkau semua itu minum sambil berdiri, maka
barangsiapa yang lupa, maka hendaklah memuntahkannya." (Riwayat Muslim)
Orang yang memberi minum orang ramai, sunat minum terakhir sekali
Dari Abu Qatadah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Orang yang memberi
minum pada kaum (yakni orang ramai), maka itulah yang terakhir di antara
mereka itu," yakni yang terakhir tentang minumnya. (Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).
Di antara tatacara orang yang membahagi minuman atau susu pada orang
ramai, atau yang membahagikan makanan, buah-buahan dan seumpamanya
kepada jama'ah, mendapat giliran terakhir untuk mendapat habuan mereka
sendiri.
Maka barangsiapa yang diberi tugas mengurus umat, maka dia harus
berusaha melakukan hal-hal yang bermanfaat bagi mereka, mencegah hal-hal
yang dapat menyakiti mereka, serta mendahulukan kepentingan mereka atas
kepentingan peribadi.
Penjelasan mengenai hakikat pengutamaan, kerana dalam keadaan seperti
itu jiwa benar-benar ingin dan menyukai, sehingga mendahulukan orang
lain dari diri sendiri. Dan seterusnya melatih diri untuk bersabar dan
tawadhu'. Wallahu a'lam.
by:www.sinarislam.com
0 comments:
Post a Comment