Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah ...'
Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang
daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ).
Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka
sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang
memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud dan
atTirmidzi.)
Dari 'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan
tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu."
(Muttafaq 'alaih)
Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
(pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu
tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal
melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang
tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: Bismillahi
awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak
henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia
ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah),
maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam
perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)
Dari Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu
ketika) hendak makan sesuatu makanan bersama enam orang
sahabat-sahabatnya. Lalu datanglah seorang A'rab (penghuni pedalaman
negeri Arab), kemudian makan makanan itu dalam dua kali suap saja.
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya saja andaikata orang ini
suka membaca Bismillah (sebelum makannya tadi) nescaya makanan itu dapat
mencukupi engkau semua pula (kerana adanya keberkahan dalam makanan
itu)." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan shahih).
Membaca Basmalah sebelum makan insyaAllah boleh mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t,
apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.
Baca doa sebelum makan
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka."
Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan
tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda
berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak
boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang
menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat
tangannya ke mulut." (Hadith Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau
makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum
dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)
Makan garam secubit sebelum makan
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah
s.a.w akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi
konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah
kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan proses pertama
penghadaman.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter
air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari
bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Dr, di
hospital-hospital, kaedah rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan
memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir
dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Mula makan dari tepi (pinggir)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di
tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan
makan dari tengah" (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
Makan yang berhampiran.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah
Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan
(ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak,
ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa
yang hampir denganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Galakan guna tiga jari.
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan
menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)"
(Hadith Riwayat Muslim)
Kunyah makanan banyak kali
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu
betul-betul lumat agar perut kita senang memproses makanan itu.
Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w
mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika
Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada
keluarganya, lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan
cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta
bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah
cuka." (Riwayat Muslim)
Makruh bersandar ketika makan
Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil
bersandar pada alas sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya:
"Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau
bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki untuk
memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk tegak lurus dan tidak
bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan
oleh al-Khaththabi.
Selain al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki' ialah orang
yang miring duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu a'lam.
Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)
Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua punggungnya ke bumi dan mendirikan kedua betisnya.
Maka kandungan dari hadith larangan makan sambil bersandar di atas,
adalah sunnah makan sedikit dan tidak melampaui batas yang diperlukan,
tawadhu' ketika makan dan tidak boleh menyerupai orang kafir, serta
dilarang makan sambil bersandar.
Dari Anas r.a dia berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w
duduk bertinggung sambil makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)
Maka diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.
Kutip makanan yang terjatuh.
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian
(kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena
kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan
jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya
dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang
terdapat keberkatan" (Hadith Riwayat Muslim)
Jilat jari setelah selesai
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila
seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu
jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain
melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w.
makan dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu
menjilatinya." (Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati
jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua
tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu."
(Riwayat Muslim)
Doa selepas makan
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan
menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira
makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith
Riwayat Bukhari)
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Maksudnya : "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi
berkat, tiada yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang
paling kaya daripadaNya iaitu Tuhan kami."
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa
yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani
haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan
diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadith Riwayat Tirmidzi)
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan
memberi rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku."
Juga boleh baca doa berikut
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan
minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam
orang-orang Muslim."
Meramaikan orang untuk makan bersama
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan
untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga
orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)
Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua
orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu
dapat mencukupi lapan orang." (Riwayat Muslim)
Galakan bercakap
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika
makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh
Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji
makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan
bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil
makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.”
(al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)
Menurut al-Hafidz dan Syeikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang
benar ialah Nabi s.a.w bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya
alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan
memuji menu tersebut (Hadith Riwayat Muslim: 2052), ada kala Nabi s.a.w
mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (Hadith Riwayat
alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau
supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith Riwayat alBukhari 6087).
Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi
dari perbualan.
Tetapi, jangan sampai bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.
by:www.sinarislam.com
2 comments:
info yang menarik!! ^_^
yurp. harap dapatlah kita mengikut serba sedikit :)
Post a Comment