Friday 10 January 2014

JAIS Ada Hak Periksa Orang Bukan Islam-MAIS

11:25

Tindakan Jais adalah satu pemeriksaan dan penyiasatan setelah mendapat aduan orang ramai berkenaan kegiatan penerbitan Bible yang menggunakan kalimah ALLAH yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988.

“Jais ada kuasa melakukan tindakan pemeriksaan dan penyiasatan walaupun melibatkan orang bukan Islam oleh kerana enakmen itu terpakai bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam dan peruntukan Seksyen 12 Enakmen 1988 yang dibaca bersama jadual di dalam Enakmen 1988 jelas memberi kuasa kepada Jais di samping polis untuk melakukan siasatan.
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas Bible di Pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah atas dasar penggunaan kalimah ALLAH, bukannya kerana ia versi bahasa Melayu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Pengerusi Mais, Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak tertentu menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan Jais itu.

Menurutnya, beliau berpendirian tindakan Jais pada 2 Januari lalu, adalah selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah undang-undang khusus Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988 (selepas ini dirujuk sebagai Enakmen 1988).

“Malangnya, ada pihak yang melaporkan fakta tidak tepat sama sekali bagi menggambarkan tindakan itu semata-mata kerana cetakan dalam versi Bahasa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohamad Adzib juga menegaskan, Jais tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak apabila ingin mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana ia akan mengganggu proses yang hendak dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan di Selangor.

Beliau berharap, tindakan Jais tidak dianggap menyekat atau campur tangan terhadap kebebasan beragama oleh penganut bukan Islam seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ia tiada kena mengena dengan unsur-unsur menyekat kebebasan penganut lain melaksanakan upacara keagamaan mereka tetapi bertindak atas aduan dan melaksanakan enakmen yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 18 Februari 2010 melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Malah katanya, fatwa Jawatankuasa Negeri konsisten dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82.

Tambahnya, orang ramai juga diminta tidak mengambil kesempatan untuk mempolemikkan isu ini agar penyiasatan dapat dijalankan tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak supaya ia dapat dilakukan secara adil dan efektif.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top