Wednesday 7 August 2013

Semarak Ramadhan

14:07


Waktu makan tengah hari sudah tiba, Apa yang hendak kita makan hari ini ?Nsi berlauk, tomyam atau mee ?
Upsss.....kita puasalah, pernah terlintas dalam fikiran kita tentang saudara kita yang belum berbuka sejak dua hari lepas ? Anak-anak mereka menderita kelaparan sehingga jatuh sakit. Bahkan di sebuah negara berkembang du Afrika, anak mereka kebuluran. Sampai mereka bertanya, "bagaimanakah hukumnya bila kita berpuasa tapi kita tidak berbuka dan tidak sahur". disebabkan sudah tidak ada lagi makanan untuk dimakan, Allah swt berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 155,

"Dan kamu pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar".

Tragedi "lapar" bukan sahaja berlaku hari ini pada zaman kita. Ketika zaman pemerintahan umar bin khattab, oernah berlaku sebuah kisah tentang keluarga kecil yang terdiri daripada ibu dan dua orang anaknya.

Ibu tersebut sedang sibuk memasak di dapur, sedangkan kedua anaknya sedang merintih-rintih menangis kelaparan di ruang tamu. Si ibu pun menghampiri anaknya dan menenangkan mereka. " sabar duhai anak, sekejap lagi makanan siap".ucap si ibu. Namun kedua-duanya masih menangis , ternyata pada malam itu, khalifah umar sedang berpusing kota untuk memastikan keadaan rakyatnya. Sehingga beliau terdengar suara anak kecil yang menangis daripada rumah tersebut.

Akhirnya, khalifah pun mengetuk pintu menemui si ibu. Serta-merta beliar bertanya, apa yang sebenarnya sedang berlaku, Si ibu memberitahu bahawa kedua-dua anaknya kelaparan sehingga ibu tersebut pura-pura memasak di dapur, padahal yang di masak adalah batu yang selamanya tidak akan siap dimasak.

by:www.sinarislam.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top