Tuesday 2 July 2013

Cinta Halal Lebih Indah

23:12

Gambar Hiasan

Apa itu cinta halal ?

Jika anda telah menghampiri cinta halal anda ataupun sudah pun memiliki cinta halal, jagalah ia sebaik mungkin kerana itu adalah fitrah kita sebagai manusia dan telah ditentukan buat kita serta amanah yang perlu kita jaga dengan rapi. Cinta halal lebih fokus kepada pasangan yang bakal atau sudah berkahwin.



Tips Cinta Halal




Tidak terlalu ego

 Terhadap pasangan kerana sikap ego ini boleh memusnahkan hubungan yang terjalin.



Latih diri untuk sentiasa memaafkan dan meminta maaf
Kepada pasangan walaupun permasalahan yang timbul hanyalah sekecil kuman. Dengan cara ini, hati pasangan akan menjadi lebih lembut dan perasaan sayang itu akan bertambah dengan sendirinya.




Menghormati pasangan
Jika anda tidak bersetuju dengan apa pun keputusan pasangan anda, jangan sesekali anda meninggikan nada suara anda dan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hatinya. Bantah secara lembut dan susun atur kata-kata anda dan seterusnya luahkan pendapat anda dengan cara yang tidak menyakiti hati pasangan anda. Dengan cara ini, In Sha Allah, pasangan anda akan berlembut hati dan akur dengan pendapat serta permintaan anda.




Jadikan sikap jujur itu sebagai sesuatu yang wajib 
anda lakukan dengan niat untuk menjaga keharmonian anda dengan pasangan. Sikap jujur ini sangat penting dan perlu dilakukan. Jika anda sentiasa bersikap jujur walaupun anda tahu ianya bakal menyakiti hati dan perasaan pasangan anda, In Sha Allah lama-kelamaan pasangan anda akan memikirkan kejujuran anda dan akan menerima anda seadanya serta menjadikan kekurangan anda itu sebagai sesuatu yang unik.


by:www.sinarislam.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top