Thursday 20 June 2013

Dakwah Adalah Cinta

01:17


Apakah cinta sebenar?


Pasti anda tertanya-tanya apakah perbezaan di antara cinta halal dengan cinta sebenar. Tanpa cinta sebenar cinta halal tidak akan harmoni kerana cinta sebenar ini adalah cinta sejati iaitu cinta kepada Allah Yang Maha Pencipta. Jika anda menginginkan cinta halal anda berkekalan dan bahagia selamanya anda hendaklah memiliki cinta sebenar terlebih dahulu iaitu cintai pasangan kerana Allah.

Dengan itu, hati dan perasaan serta sikap anda akan terdidik dengan baik secara automatik untuk menerima kekurangan dan kelemahan pasangan anda serta mampu menempuhi suka duka bersama pasangan dengan tenang.

Akan tetapi, tidak bermakna bagi yang belum berkahwin tidak akan merasai cinta sejati. Cuma ianya perlu ditukar kepada cinta sebenar dan pasti kehidupan anda tidak akan dibelenggu dengan perasaan yang bercampur baur sehingga boleh menyebabkan pertelingkahan dan seterusnya membawa kepada perpecahan.

Pasti semua orang pun menginginkan cinta halal bukan? Cinta halal adalah cinta selepas lafaz sakinah dilafazkan dan ianya merupakan cinta yang ingin dilalui oleh setiap insan di muka bumi ini. Namun jika anda belum lagi menemui cinta halal anda, janganlah bersedih hati kerana masanya akan tiba jadi anda tidak perlu khuatir.

by:www.sinarislam.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top