Wednesday 9 January 2013

Darjat dalam Percintaan

15:14



Allah Subhanahuwata,ala menjadikan manusia dan mengetahui selok belok hati manusia.Islam yang diturunkan-Nya mengiktiraf perasaan cinta sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian manusia.Islam telah menggariskan beberapa tingkat atau darjat percintaan,iaitu:
1.Cinta yang agung
 Bagi mu’min yang bertaqwa tidak ada suatu pun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah Subhanahuwata’ala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya,sebagaimana firman Allah Subhanahuwata’ala:
Katakanlah:”Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,dan tempat tinggal yang kamu sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”,dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
                                                                                                     (At-Taubah:24)

 Seorang mu’min meyakini bahawa Allah-lah Pencipta dan Pemilik alam semesta.Maka dirinya juga adalah milik Allah Subhanahuwata’ala dan wajarlah seluruh kecintaannya hanya untuk Allah Rabbul’alamin.Inilah cinta teragung.
Sepatutnya manusia meletakkan kecintaan yang tertinggi kepada Allah Subhanahuwata’ala kerana Dia telah memilih mqanusia sebagai makhluk pilihan-Nya.Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Dan Rabmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya,dan Dialah juga yang memilih(daripada makhluk-Nya untuk suatu tugas,keutamaan atau kemuliaan),tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih(selain daripada pilihan Allah).Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.

                                                                                                        (Al-Qasas:68)

Natijah asas daripada kecintaan yang agung ini ialah redha dengan Allah Subhanahuwata’ala.Firman-Nya:
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu’min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu’min,apabila Allah dan rasul-Nya  telah menetapkan suatu ketetapan,akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka,dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya,maka sungguhlah dia telah sesat,sesat yang nyata.
                                                                                                         (Al Ahzab:36)
Seorang mu’min meyakini bahawa apa sahaja yang diputus dan disusun oleh Allah Subhanahuwata’ala adalah yang sebaik-baiknya.Segala penentuan Allah Subhanahuwata’ala benar-benar akan mendatangkan hikmah dan keni’matan kepadanya dan menjauhkannya daripada kerosakan dan kebinasaan.Firman-Nya lagi:
Maka barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku,ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku,maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit,dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.
                                                                                                    (Taha:123-124)


     Kisah 1: Tidak syak lagi bahawa seseorang yang telah mengecapi kelazatan iman di dalam dadanya akan tertarik dengan  sepenuh hati untuk  mencintai Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya yang telah menyampaikan Risalah-Nya kepada umat manusia.

Lantaran keimanan dan keyakinannya kepada Allah Subhanahuwata’ala dan keyakinannya kepada janji-janji-Nya, maka seorang mu’min akan mencintai jihad untuk menegakkan din-Nya dan meninggikan kalimah tauhid-Nya di muka bumi ini agar seluruh manusia turut merasai ni’mat Islam dan keindahan hidup di bawah naungannya.

Cinta kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah natijah daripada cintakan Allah Subhanahuwata’ala. Inilah tabi’at cintakan Allah yang bertahta di hati para mu’minin.

Marilah kita sama-sama merenung beberapa kisah yang menggambarkan cinta para sahabat Radhiallahu’anhum terhadap Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



Imam Baghawi meriwayatkan daripada Thauban maula Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam di mana beliau amat kasihkan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan tidak sabar-sabar lagi untuk menatap wajah baginda.

Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam datang kepadanya. Ketika itu air mukanya berubah, lalu baginda bersabda: Kenapakah air muka mu berubah wahai Thauban?.

Lalu jawabnya: Wahai Rasulullah, aku tidak sakit tetapi sesungguhnya apabila aku tidak dapat melihat wajahmu maka aku akan keluh kesah sehinggalah aku dapat bertemu denganmu. Kemudian aku teingatkan Hari Qiyamat dan aku bimbang tidak akan dapat melihat kamu kerana kamu akan diangkat bersama-sama para nabi. Sekalipun aku dapat masuk syurga maka aku langsung tidak akan dapat melihat kamu.



Maka turunlah ayat Al-Qur’an berikut (sebagai menjawab persoalan Thauban):
Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni’mat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para siddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh, dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
(An-Nisa’: 69)

Kisah 2:

Diriwayatkan daripada Al-Baihaqi bahawa terdapat seorang wanita dari kaum Ansar di mana bapa, suami dan saudaranya terbunuh di dalam medan perang Uhud. Sebaik saja disampaikan berita itu lalu ia berkata: Bagaimanakah Rasulullah?. Maka jawab para sahabat: Baginda dalam keadaan baik seperti yang kamu sukakan. Kata wanita lagi: Tunjukkanlah kepadaku agar aku dapat melihatnya. Setelah beliau melihat baginda  lalu beliau berkata: Setiap bencana selepas kamu (selepas kamu terselamat), akan datang kegembiraan.

1.    Cinta Pertengahan

Maksud cinta pertengahan ialah tarikan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari ‘aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubung erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah Subhanahuwata’ala.

Allah Subhanahuwata’ala mengiktiraf kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat yang kedua, iaitu selepas kecintaan kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.

Contoh-contoh cinta dalam ketegori ini:

Contoh 1: Cinta antara suami isteri

Jika kecintaan suami dan isteri tidak berasaskan ikatan ‘aqidah, maka tentunya zuriat yang lahir tidak akan mendapat pendidikan dan penjagaan iman yang sempurna.

Contoh 2: Cinta antara anak dan ibu bapa

Hubungan anak dan ibu bapa hanya akan menjadi hubungan kerana kepentingan dunia sahaja jika tidak berpaksikan ‘aqidah kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Contoh 3: Cinta dalam ummah Islamiyah

Tanpa ikatan ‘aqidah, tidak akan terbangun cinta atau ukhuwah Islamiyah yang akan menghiasi kehidupan dan pembangunan ummah.

Perkara yang perlu dipelihara ialah cinta pertengahan ini tidak boleh mendahului cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya. Cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya hendaklah dijadikan keutamaan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan- Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya", dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(At-Taubah : 24)

2.    Cinta yang Hina

Cinta yang hina akan
Seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata (tidak berasaskan ‘aqidah yang benar), maka ia akan menjatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.
menjatuhkan darjat dan nilai kemanusiaan. Antaranya:

1.    Cinta atau kasihkan taghut serta bertuhankan manusia atau makhluk. Contohnya:
a.     Cinta atau menyembah patung dan berhala.
b.    Cinta serta memuja artis-artis, ahli-ahli sukan dan sebagainya.
2.    Cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah Subhanahuwata’ala.
3.    Cinta dan menurut kemahuan hawa nafsu atau syahwat yang keji dan berdosa. Ghairah melakukan perbuatan ma’siat.
4.    Mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, harta kekayaan dan perniagaan melebihi kasihkan Allah Subhanahuwata’ala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya.

Kata Omar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu: ‘Demi Allah, ya Rasulullah sesungguhnya kamu yang paling aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku’. Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintai daripada dirinya sendiri’. Maka berkata Omar: ‘Maka engkau sekarang, demi Allah, adalah orang yang paling aku kasihi lebih daripada diriku sendiri’. Sabda Rasulullah: ‘Sekarang barulah engkau beriman ya Omar’.





Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top