Saturday 10 November 2012

Anugerah Bintang Popular Dunia Akhirat

09:13

Syukur Alhamdulillah, saya telah mendapat anugerah ini. Tapi saya tahu, anugerah ini tidak akan membantu saya di akhirat sana, termasuklah anda yang menyokong kebatilan yang saya lakukan. Kamu sokong saya, bermakna kamu sokong kebatilan yang dilakukan. Saya berharap, ada peminat yang memberi nasihat yang baik kepada saya. Kepada keluarga, maaf kerana tidak membimbing kamu ke arah yang baik, kepada rakan-rakan yang baik, bimbinglah saya. Sekian terima kasih.
-Mat Haron Mat Aziz
Popular? Famous amos? Glamour? Retis? Semua itu tiada gunanya jika...

Kita berjaya memenangi hati juri, tapi kita gagal memenangi hati malaikat di kanan dan kiri. Terjerit-jerit kita menyanyi, meraung-raung kita dijilat api. Terkinja-kinja kita di atas pentas, tergedik-gedik kita di lautan api. Berpakaian seksi-meksi, terseksa-meksa kita di akhirat nanti.

Kita bangga mendapat pujian daripada tuan director atas lakonan kita yang hebat. Tapi kita gagal menurut arahan 'tuan director' besar di atas sana. Filem lakonan kita berjaya mendapat box office, tapi filem kita di panggung wayang akhirat hancur tiada nilainya. Kita menjadi pujaan gadis dan jejaka, tapi langsung tidak dipandang bidadari apatah lagi menjadi ketua bidadari di syurga.

Kita berjaya menggondol berpuluh trofi piala tapi bukannya trofi pahala. Kita mengejar anugerah dan gelaran tetapi mengenepikan anugerah syurga. Kita dapat ganjaran wang berjuta-juta, tapi di akhirat kita mengemis meminta-minta. Kita berjalan megah di atas karpet merah, tapi kita rebah ketika melintas titian siratulmustaqim sana. Kita nampak gah berpakaian glamour ditaja ribuan ringgit, tapi di padang mahsyar nanti telanjang bulat juga kita.



Jadi, apa gunanya jika kita popular di dunia, tapi hanyalah picisan di akhirat? Alangkah lebih baik kita tidak dikenali di dunia, tapi kita disanjung di akhirat kelak. Bertambah bagus lagi jika kita popular di dunia, popular juga di akhirat. Pasti anugerah yang bakal diterima lebih besar nilainya di sisi Allah SWT.




Dan insan yang paling layak memegang gelaran Anugerah Bintang Paling Paling Paling Popular Di Dunia dan Akhirat sudah semestinya Rasulullah SAW. Bagindalah yang sepatutnya menjadi selebriti idola kita semua.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W.

source

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top