Tuesday 23 October 2012

Bolehkah Tandas Menghadap Kiblat?

17:00


Pada hari ini kita sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk membina rumah, selain membeli rumah yang sudah tersedia. Agak sukar sebenarnya berbanding jika kita mempunyai tanah lot sendiri untuk membina rumah impian mengikut plan sendiri. Timbul satu persoalan, kita adalah dilarang untuk membuang hajat dengan menghadap kiblat. Maka bagaimanakah jika tandas yang tersedia di bina itu menghadap kiblat. Ikuti ulasan di bawah ini. Bolehkah Tandas Menghadap Kiblat?

Soalan:

Sewaktu membeli rumah saya tidak perasan tandasnya menghadap kiblat. Ada yang kata, walaupun tandas menghadap kiblat, tetapi jika ia berdinding, maka tidak mengapa. Benarkah pendapat itu? Mohon penjelasan daripada ustaz.


Raziyah, Ipoh, Perak.

Jawapan:
Ya, benar. Rasulullah memang melarang membuang hajat dengan menghadap kiblat, tetapi larangan ini adalah untuk tempat yang terbuka. Jika terdapat halangan seperti dinding atau pintu, maka ia tidak dilarang. Dalilnya ialah hadis berikut: Bolehkah Tandas Menghadap Kiblat?

Marwan al-Ashfar berkata: Saya pernah melihat Ibn Umar (yakni seorang sahabat Nabi) menderumkan untanya menghadap kiblat, lalu dia duduk dan membuang air kecil dalam keadaan menghadapnya. Lalu saya bertanya: Bolehkah Tandas Menghadap Kiblat?

“Wahai Abu Abdurrahman (gelaran untuk Ibn Umar), bukankah hal ini telah dilarang?” Dia menjawab: “Benar, akan tetapi hal itu dilarang jika dilakukan di tempat terbuka. Apabila antara dirimu dan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka itu tidaklah mengapa.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 11].

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 Sinar Islam. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top